17 May 2012

SEINDAH SAKURA



Sinopsis seindah sakura (Copy from ALAF 21)

SHAKIRA terumbang-ambing akibat kemiskinan hidup dan hilang tempat bergantung. Airil yang hadir dengan perspektif negatif terhadap gadis itu, akhirnya berubah mencintainya dalam diam.

Sukar bagi Shakira untuk bahagia, lantaran ada hati yang dengki dan merancang balas dendam. Hati hitam milik Anida berjaya membuatkan cinta Shakira dan Airil ter halang hingga lelaki itu membawa diri meninggalkan Shakira terkapai-kapai keseorangan. Sejak itu, satu per satu badai datang melanda hingga hidup gadis itu tidak menentu.

Di universiti, Shakira menemui cinta baru, tapi malangnya dia sudah jadi milik orang lain. Demi kasih pada ibu, dia rela berkorban biarpun hatinya hancur bagai kaca berderai ke bumi.

Shakira cuba menjadi SEINDAH SAKURA meskipun harapan untuk mendapatkan kembali cinta sejati semakin mustahil. Namun, dia perlu percaya pada jodoh yang telah tersurat untuknya. Mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar...

Sinopsis dari Aku
Yang kat atas tu sinopsis dari novel, yang aku nk cite ni, pe yang aku tgk kat TV3, slot akasia...
walaupon sekarang jarang layan cite berangkai ni, disebabkan oleh malas nk tunggu next episode tp cite ni menarik la plak minat aku... Cite dier.... same je macam sinopsis kat atas tu.. hahahaha.... tapi sekarang baru episod 8 (17/05/2012).. Masih panjang lagi jalan cite ni. Ape yang aku nak cerita kn ni, adalah kesabaran dan ketabahan heroin dier Shakira (Fasha Sanda, pegang watak je ni), menjaga oyang (moyang) dier, walaupon terpkse ponteng sekolah.... Lagi satu, pasal cikgu heroin ni lakonan Fahrin Ahmad yang encem tu.. kalu aku de cikgu encem gini,mmg xkan ponteng sekolah dh.. kih3.. eh kembali kpd cerita ni... Cikgu yg mahu membantu ank murid nya, tapi salah cara... Ni satu pengajaran kat aku jugak, Kita tak boleh menghukum atau menaksir/mentaksir sesuatu hanya dengan melihat dari mata kasar.. Kita perlu selidik dahulu kesahihan nye... pergh, xsangka aku leh mengulas sebegini...hahaha..... Samapi cni je story tok episod ari ni, ish3 ni yang malas ni kene tunggu esok dan seterusnye... tapi xpe, demimu cikgu Fahrin, aku sanggup.. ewah3....

Ni OST tok cite ni.. Bez plak layan lagu ni...
Penyanyi : Mafa feat Ronnie
Tajuk :Buatku Di Sana





P/S: Jom layan cite ni, setiap isnin - khamis di TV3 jam7pm (time iklan tu, leh solat dulu ek)....
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Dak Kecik♥

No comments: