19 April 2012

Aku ini tulang rusuk kiri siapa?



Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek.

Puas aku membayangkan,
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.

Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.

Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.

Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,

Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.

Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali

Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.

P/S: Kekadang aku hanya terpikir......



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Dak Kecik♥

12 April 2012

Fact..!!!

Assalamualaikum...

Tak ade orang yang dapat terima kita seadanya...
Setiap kata-kata yang manis berbicara 
hanya sebagai modal untuk memulakan segalanya...


P/S: Juz a few word today....




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Dak Kecik♥

10 April 2012

Juz a ......

Just a.....



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Dak Kecik♥

06 April 2012

Dan kerana masih lagi di dalam igauan kisah semalam


Dan kerana masih lagi di dalam igauan kisah semalam, janganlah kamu menutup pintu hati kamu pada insan yang lain yang masih sudi menghulurkan belaian kasih.. Kerana ini tidak adil pada diri kamu sendiri… Kerana ini tidak adil pada soal hati kamu sendiri…Sedangkan berpisah itu telah nyata, cubalah untuk terima cinta baru….

Mereka melihatnya baik-baik sahaja.. Sedangkan gelora jauh hingga ke dasar…Mereka memandangnya seolah tiada akan duka tapi padahal sebenarnya penuh dengan derita..
Dan hal yang paling menyedihkan dalam sebuah perhubungan apabila seseorang yang kamu cintai sebenarnya telah mengkhianati kamu, bahkan bukan sekali tapi berkali-kali….

Aku terbace kata-kata ini kt blog mane ntah, s0ri terlupe sudah….. kata-kata ni mmg sangat mengenai kena dgn situasi aku kini.. ah, ayt skema lg….  Apa yang berlaku?? Yang aku tau aku mahu tutup buku & mulakan hidup baru.. Erk, cm bez plak ayat ni… Ok2, da point is, start new life….. hik3…. 




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Dak Kecik♥

Nirwana Band - Sudah Cukup Sudah




                                                                            Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu.

C/ Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu..

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta..

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin tersiksa
Lebih baik ku pergi saja..

Telah berulangkali kucoba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu..

Ulang
C/ 3x

P/S: sedap kot dgr lagu ni..... **sambil nyanyi2 lg**...

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Dak Kecik♥

05 April 2012

Its begin again....

Its begin again.. ape nyer??
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Dak Kecik♥