23 May 2012

Hati Yang Kau sakiti...





Jika niat yang dinilaikan
Kenapa hati jadi taruhan
Jika benar apa yang diperkatakan
Kenapa kesetiaan jadi keraguan….


Andai rindu yang kau ungkapkan
Mengapa tiada khabar berita
Andai aku yang kau mahukan
Mengapa kini tiada tanda….


Berdiam diri bukan lari
Kerna aku sakit hati
Sikap kau yang lupa diri
Anggap aku tiada disisi….


Sampai bila harus begini
Masing masing membawa diri
Sampai bila harus menanti
Dirimu membawa diriku pergi.....




Err.. pekejadah nyer aku berpantun-patun plak mlm2 ni, ish3.. ni kes teruk dh ni... Kne muhasabah diri lek ni, bile aku dh start pantun mantun ni, mkne nyer........ oh tidak....xmo jiwang2 dh, dh insap... hehehehe.....
 






♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Dak Kecik♥

20 May 2012

Doaku Buat Dirimu


Ya Allah....
Jika benar aku ini tulang rusuk kirinya, aku terima seadanya Ya Allah...
Kukuhkan la ikatan kami, kuatkan la jodoh kami Ya Allah....
Seandainya bukan, jangan biarkan dia pergi terus dari hidupku Ya Allah...
Sesungguhnya aku tidak mahu kehilangan seorang sahabat sepertinya...
Biarkan la aku terus mengingati nya sebagai sahabat yang selalu membimbing aku Ya Allah...
Sesungguhnya ketetapanmu adalah yang terbaik bagi setiap makhluk di muka bumiMu ini
Ya Allah.... Aminnn.........




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Dak Kecik♥

19 May 2012

Budak Debab + Budak Gedik

Assalamualaikum...

Hari ni xnak taip panjang-panjang, juz nk tunjuk gambar anak anak sedare ku... Actually sehingga hari ni aku dh de 11 org ank sedare... tp tok post ni, aku juz nk tunjukkan 2 org ank sedare jer.. nape?? bukan aku bias ok, ni sebab aku dok dgn akak aku, sekaligus aku jage la dua org budak ni... ok kan explanation aku... eh, tadi kate mls taip panjang-panjang, ni pe kes.. ok2.. layan je la gambar2 ni, ni kalu diorng dh beso, aku bagi tgk blog ni.. op kos diorng terharu ni nt... kih3....









 P/S: Lek umah tgk gelagat diorng ni, mmg senang + sakit hati, tp pape pon, kalu xjmpe diorng sehari.. rindu ooo..... hik3....




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Dak Kecik♥

17 May 2012

SEINDAH SAKURA



Sinopsis seindah sakura (Copy from ALAF 21)

SHAKIRA terumbang-ambing akibat kemiskinan hidup dan hilang tempat bergantung. Airil yang hadir dengan perspektif negatif terhadap gadis itu, akhirnya berubah mencintainya dalam diam.

Sukar bagi Shakira untuk bahagia, lantaran ada hati yang dengki dan merancang balas dendam. Hati hitam milik Anida berjaya membuatkan cinta Shakira dan Airil ter halang hingga lelaki itu membawa diri meninggalkan Shakira terkapai-kapai keseorangan. Sejak itu, satu per satu badai datang melanda hingga hidup gadis itu tidak menentu.

Di universiti, Shakira menemui cinta baru, tapi malangnya dia sudah jadi milik orang lain. Demi kasih pada ibu, dia rela berkorban biarpun hatinya hancur bagai kaca berderai ke bumi.

Shakira cuba menjadi SEINDAH SAKURA meskipun harapan untuk mendapatkan kembali cinta sejati semakin mustahil. Namun, dia perlu percaya pada jodoh yang telah tersurat untuknya. Mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar...

Sinopsis dari Aku
Yang kat atas tu sinopsis dari novel, yang aku nk cite ni, pe yang aku tgk kat TV3, slot akasia...
walaupon sekarang jarang layan cite berangkai ni, disebabkan oleh malas nk tunggu next episode tp cite ni menarik la plak minat aku... Cite dier.... same je macam sinopsis kat atas tu.. hahahaha.... tapi sekarang baru episod 8 (17/05/2012).. Masih panjang lagi jalan cite ni. Ape yang aku nak cerita kn ni, adalah kesabaran dan ketabahan heroin dier Shakira (Fasha Sanda, pegang watak je ni), menjaga oyang (moyang) dier, walaupon terpkse ponteng sekolah.... Lagi satu, pasal cikgu heroin ni lakonan Fahrin Ahmad yang encem tu.. kalu aku de cikgu encem gini,mmg xkan ponteng sekolah dh.. kih3.. eh kembali kpd cerita ni... Cikgu yg mahu membantu ank murid nya, tapi salah cara... Ni satu pengajaran kat aku jugak, Kita tak boleh menghukum atau menaksir/mentaksir sesuatu hanya dengan melihat dari mata kasar.. Kita perlu selidik dahulu kesahihan nye... pergh, xsangka aku leh mengulas sebegini...hahaha..... Samapi cni je story tok episod ari ni, ish3 ni yang malas ni kene tunggu esok dan seterusnye... tapi xpe, demimu cikgu Fahrin, aku sanggup.. ewah3....

Ni OST tok cite ni.. Bez plak layan lagu ni...
Penyanyi : Mafa feat Ronnie
Tajuk :Buatku Di Sana





P/S: Jom layan cite ni, setiap isnin - khamis di TV3 jam7pm (time iklan tu, leh solat dulu ek)....
♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Dak Kecik♥

“UNTUK SEORANG SAHABAT”



“UNTUK SEORANG SAHABAT”

Saya dan awak adalah sahabat.. 
Saya sentiasa ada di waktu awak susah dan senang. Saya sentiasa di sisi awak waktu suka dan duka. Saya selalu memberi awak kata-kata semangat agar awak lebih mengenali siapa diri awak yang sebenar. Saya selalu buat awak ketawa dan tersenyum di kala awak sepi. Saya selalu memujuk awak kalau awak menangis dan sedih.

Saya dan awak adalah sahabat. 
Saya banyak belajar erti persahabatan dalam hubungan ini. Untuk bersahabat dengan saya, awak kena banyak belajar berterus-terang kerana dalam hukum persahabatan tiada rahsia yang boleh membuatkan hati seorang sahabat terluka. Awak kena pandai menjaga hati seorang sahabat supaya awak tidak akan kehilangan erti sahabat yang sebenar.

Untuk awak, saya titipkan satu kata-kata yang diperolehi dari pembacaan….

Kalau satu hari awak menangis…
beritahu saya, saya tak janji nak buat awak tersenyum, tapi saya boleh menangis bersama awak.. 
Kalau satu hari awak ada masalah... 
awak bagi tahu saya, saya tak janji nak bagi penyelesaian, tapi awak boleh kongsi dengan saya
Kalau satu hari awak nak pergi berjalan... 
Bagi tahu saya, saya bukan nak halang awak tapi….. saya boleh teman awak dan menjaga awak
Kalau satu hari awak perlukan seseorang untuk mendengar cerita awak...
 saya janji saya akan ada untuk awak
Tapi kalau satu hari awak perlukan saya...
dan saya tak muncul- muncul...
 mungkin kerana ALLAH lebih memerlukan saya saat itu...
saya pula perlukan “hadiah” PERSAHABATAN dari awak…

Saya dan awak adalah sahabat. 
Seandainya suatu hari nanti saya tiada lagi di sisi awak…
awak kena ingat bahawa, persahabatan saya dan awak tidak pernah putus dan awak kena belajar erti berdikari dalam persahabatan kerana waktu itu awak akan tahu pentingnya seorang sahabat dalam hidup awak.


P/S: Errrr.. teremo plak ptg2 ni....

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Dak Kecik♥

13 May 2012

Everyday is Mother Day...



Abah & Mak Kesayangan Aku... ♥♥♥♥♥♥♥
Hilang kekasih boleh dicari ganti..
Hilang ibu hingga ke mati..

Wahai anak..
Hargailah ibumu..
Ambillah kesempatan yang ada dengan berbakti kepadanya..
Pada ibumu, ada redha..
Pada ibumu, ada makbulnya doa..
Pada ibumu, ada syurga yang kita pinta..
Pada ibumu, ada kasih sayang setulus jiwa..

Wahai anak..
Tataplah wajah ibumu..
kerana ia mengundang pahala dan kebaikan buatmu..
Ciumlah tangannya
kerana tangan itulah yang membelaimu hingga dewasa..
Dakaplah ibumu..
kerana tubuh itulah yang sentiasa ada disisimu saat suka dan duka..
Hormat dan sayangilah dia..
kerana berkat doa-doanyalah hidupmu sentiasa dirahmati..

Wahai anak..
jika kau tak mampu membanggakan ibumu..
janganlah engkau memalukannya pula..
jika kau tak mampu membuat ibu tertawa
janganlah pula kau buat ia menangis
jika kau tak mampu membuatnya gembira
janganlah pula kau menyakiti hatinya..

Wahai anak..
Ucaplah.. "Saya sayang ibu.."
selagi peluang masih ada...
 
♥♥♥♥♥♥ MAK.... MAK.... SYG MAK SANGAT-SANGAT...!!!! ♥♥♥♥♥♥
special dedicate to my mak.. PN. HAMIMAH BINTI MEGAT SAMAN.....




P/S: Abah pye entry tunggu ari bapa plak ek... hik3....


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Dak Kecik♥

03 May 2012